Monday, May 31, 2010

QISMINA DAN EMAK TAK SIHAT...

SALAM...

Tak sempat nak post kat blog nie..dah lama jgk tak post..Emak dan Qismina Sofia ( anak saudara) kurang sihat..qismina di masukkan ke wad kanak-kanak di Hospital Hulu Terengganu semenjak semalam..

Suspek H1N1...kene tunggu keputusan ujian darah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah pulak nie..pastu baru bleh tahu keputusannya..

Emak kena jangkitan kuman lak..Bawak dia semalam kat HHT..Skg keadaan masih lemah dan kurang selera makan..

Hope, emak n Mina cepat sembuh..Inshaulah..

Monday, May 17, 2010

KE PERSIDANGAN MAJLIS BELIA DAERAH HULU TERENGGANU

Salam..

Hari nie saya menghadirkan diri ke Persidangan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu bersama Akela (Cg.Esham) , Cg. Yussazri, En.Rozli selaku Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu yang mewakili Pengakap Daerah..

Majlis tersebut dihadiri oleh YB Exco Tn.Haji Rozi Bin Mamat, YB Parlimen Hulu dan Ketua-ketua jabatan yang berhempas pulas memerah otak untuk merancang aktiviti untuk Belia.

Banyak perkara yang dibincangkan termasuklah gejala sosial, aktiviti dan halatuju Belia itu sendiri..Akela sempat juga membahas ucaptama yang dibentangkan sambil kami bertiga yang lain memberi idea untuk Akela...Bagus Akela..Ucapan anda memang tiada skrip tapi mantap..sehinggakan komen Akela di ulas oleh Pakar Rujuk MBDHT...Rasanya banyak lagi tugas sebagai pemimpin daerah untuk menggerakkan belia supaya kembali ke ajaran Agama yang sebenar..

Semoga persidangan kali ini mendapat berkat untuk kita menghadapi cabaran di masa akan datang dalam mentarbiahkan belia yang merupakan modal insan yang paling berharga untuk mencorak pola pemikiran di masa akan datang..

Kami di Pengakap Daerah telah merancang dan menggembeleng tenaga walaupun tanpa bantuan kewangan dari mana-mana pihak terutama di dalam Daerah Hulu Terengganu..Sehinggakan terasa macam peminta sedekah pulak rasanya bila mahu meminta bantuan untuk menjalankan program..Diharap agensi yang terlibat dapat celik mata kerana tanpa kewangan yang kukuh Pengakap Hulu Terengganu dapat menjalankan aktiviti dengan melepasi PKI Pengakap itu sendiri..

Pengakap memang tidak di ajar spoonfeeding..Sedar tak sedar hampir 30 program yang Pengakap sertai pada tahun lepas..dan untuk tahun ini sahaja sudah hampir 10 program yang di jalankan dan disertai oleh Pengakap Daerah...Diharap pertubuhan belia dan badan gabungan belia tidak hilang punca untuk mentarbiah belia itu sendiri...

Tepuk Dada Tanya Iman..Sekian..

SELAMAT HARI GURU....

salam..

Sekalung tahniah buat semua guru kat Malaysia..Tanpa anda siapalah kita semua..Tak lupa diucapkan kepada semua guru yang mengajar saya semasa di SK Kuala Berang, SMA Mahmudiah, SMKA Tok Jiring, Pusat Matrikulasi UIAM, dan Universiti Islam Antarabangsa..Tanpa guruku siapalah diriku kini...

Tak lupa juga kepada teman seperjuangan di kancah pendidikan..teruskan berbakti tanpa mengenal erti penat lelah..tanpa mengira kenaikan pangkat, jawatan dan sebagainya..klien kita haruslah kita berikan yang terbaik..sesungguhnya, kita semua adalah pencorak masa depan negara..kalau hitam kita warnakan, maka hitamlah kehidupan mereka..

TAHNIAH BUAT GURU...

Thursday, May 13, 2010

UBUNTU 10.04..YANG KU TUNGGU..KU RINDU...

Salam...

Memang rindu betul kat Linux Ubuntu Version 10.04 nie..Semalam nak download, tapi masa chat ngan Bro.Sameri (JU SMM) dia cakap dah download..Thanx God..Malas lah nak download pakai Berukband..plus kt kampung nie mana ada 3g..1.5 g ada lah..

Masih lagi menunggu berita dari Bro.Sameri..nak install kat Netbook Putri Batrisyia dan sememangya kat My Notebook...Putra Behzad sekarang sudah makin familiar dengan Ubuntu..Semalam dia tengok Sinchan pakai Ubuntu..Ermmmm..Bagus tu dik...kena cepat belajar mcm kakak dik...

Buat Ummi..kena banyak belajar kat Putri (kakak)..Putri dah banyak explore Ubuntu..Games kalau using Wine application pun dia dah bleh bukak...Great Kakak..

Anyway...Bro.Sameri cakap Ubuntu 10.04 mmg hebat..no problem with netbook...

CU...

Monday, May 10, 2010

PENGEMBARAAN KE TASIK KENYIR ..PART 1

SALAM...

Sebenarnya trip nie memang tak dirancang..Angah mengajak Ude and I ke Tasik Kenyir bersama Pet(kawan Angah) dari Sabah..
Lepas Solah Zuhr..kami bertolak ke rumah sepupu di Kampung Kuala Jenderis untuk menjemput Saiful ( anak sepupu) sebagai pemandu pelancong kami..segala persiapan telah telah dibuat cos program ni betul2 adhoc..

Perjalanan melalui lebuhraya yang masih belum di buka kepada umum..melalui Terengganu Mati dan beberapa kali tersilap masuk simpang ke lokasi yang sebenar..Akhirnya lebih kurang pukul 4 petang barulah tiba kesana...

Setibanya disana, terkejut jgk kerana ternampak kelibat kereta dari keluarga Pak Din Selekoh..Actually dia orang dah sampai ke lokasi tersebut di awal pagi lagi..Mereka memberitahu kami bahawa ikan-ikan di situ dah pun kenyang..makan nasi kot..tapi mmg betul..ikan kat situ langsung tak mempedulikan umpan kami..

Pelbagai umpan di gunakan untuk menangkap talapia, toman dan lampam namun semuanya hampa..menurut pakar atau penjaga kolam yang kami tumpang untuk port memancing kami, umpan seperti lipas amat sesuai untuk toman..Gitu lah pulak...

Penulis mencuba nasib dengan menggunakan pancing dari batang salak berumpankan seekor anak udang dan Alhamdulillah ada rezeki..dapat lah jugak seekor ikan kaloi dan merupakan ikan pertama n terakhir dari team kami...nak buat cam ner..tak ada rezeki..ikan itu di hadiahkan kepada Mek untuk habuan akuarium beliau..

Dah penat memancing, tiba lah masa pulang...abis kereta Uda kami belasah..pakai Kancil 66o jer ke lokasi ...mmg kesian kereta Ude...

Jalan ke lokasi mmg sesuai ntuk kereta seperti Hilux dan seangkatan dengannya...Pepehal..Part 1 melabuhkan tirai..See You in Part 11