Monday, May 10, 2010

PENGEMBARAAN KE TASIK KENYIR ..PART 1

SALAM...

Sebenarnya trip nie memang tak dirancang..Angah mengajak Ude and I ke Tasik Kenyir bersama Pet(kawan Angah) dari Sabah..
Lepas Solah Zuhr..kami bertolak ke rumah sepupu di Kampung Kuala Jenderis untuk menjemput Saiful ( anak sepupu) sebagai pemandu pelancong kami..segala persiapan telah telah dibuat cos program ni betul2 adhoc..

Perjalanan melalui lebuhraya yang masih belum di buka kepada umum..melalui Terengganu Mati dan beberapa kali tersilap masuk simpang ke lokasi yang sebenar..Akhirnya lebih kurang pukul 4 petang barulah tiba kesana...

Setibanya disana, terkejut jgk kerana ternampak kelibat kereta dari keluarga Pak Din Selekoh..Actually dia orang dah sampai ke lokasi tersebut di awal pagi lagi..Mereka memberitahu kami bahawa ikan-ikan di situ dah pun kenyang..makan nasi kot..tapi mmg betul..ikan kat situ langsung tak mempedulikan umpan kami..

Pelbagai umpan di gunakan untuk menangkap talapia, toman dan lampam namun semuanya hampa..menurut pakar atau penjaga kolam yang kami tumpang untuk port memancing kami, umpan seperti lipas amat sesuai untuk toman..Gitu lah pulak...

Penulis mencuba nasib dengan menggunakan pancing dari batang salak berumpankan seekor anak udang dan Alhamdulillah ada rezeki..dapat lah jugak seekor ikan kaloi dan merupakan ikan pertama n terakhir dari team kami...nak buat cam ner..tak ada rezeki..ikan itu di hadiahkan kepada Mek untuk habuan akuarium beliau..

Dah penat memancing, tiba lah masa pulang...abis kereta Uda kami belasah..pakai Kancil 66o jer ke lokasi ...mmg kesian kereta Ude...

Jalan ke lokasi mmg sesuai ntuk kereta seperti Hilux dan seangkatan dengannya...Pepehal..Part 1 melabuhkan tirai..See You in Part 11

No comments:

Post a Comment