Thursday, April 28, 2011

SEKALUNG TAHNIAH BUAT WARGA QUBERSCOUT

Ucapan Jutaan Tahniah di atas perlantikan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu pada 26 April 2011..

1. Tuan Esham Busu (Tugas-Tugas Khas)
2. Tuan Rosley Mat Hasan ( Kelana)
3. Tuan Che Abdulla ( Unit Laut)
4. Tuan Wan Ibrahim (PM)
5. Tuan Haji Salleh ( Hal Ehwal Agama)

Tahniah di ucapkan..semoga menjadi pembakar semangat dan terus mengharumkan nama quberscout di peringkat Negeri dan Negara..

Monday, June 14, 2010

DEMAM PIALA DUNIA..MUAT TURUN APLIKASI


Salam kepada semua pembaca..

Satu aplikasi yang menarik untuk dicuba oleh semua..maklumlah kalau dulu org pakat potong suratkhabar,poster atau sebagainya semata2 nak tulis keputusan perlawanan..pastu sibuk kira mata and so on..

Dengan software yang diperkenalkan nie, of course free..tak perlu lah semua tu..install dan update melalui online..yang best nyer siap statistik dan masa perlawanan..

Pepehal selamat mencuba..tak susah nak guna nya..kalau pakai Linux cam saya nie..unzip folder tu..kat file, klik kanan,properties,permission,allow executing file as program..

Pastu edit timezone..kemudian tekan Ctrl + U untuk update...Tekan ctrl + S untuk save..Done..

Selamat mencuba..

Credit goes to my friend..ZulMc...Melayubuntu

BALIK PAHANG....

Semalam lepas Solah Zuhur kami sekeluarga bertolak ke Negeri Pahang Darul Makmur..Kesempatan cuti yang ada nie, tak boleh di persiakan cos emak kat Tganu pun masih blum sihat lagi..Dah ada sedikit perubahan tapi masih dalam treatment..

Alhamdulillah sampai ke bumi Pahang dalam pukul 6 lebih..bawak pelan ajer..plus Kevser dan Kiral nak berhenti makan jap kat hentian Maran..Makan nasi ayam yang di beli di Kuala Berang..

Mungkin Khamis nie akan bertolak balik ke Negeri Terengganu Darul Iman..Ubat mak pun dah nak habis. Hopefully, mak akan cepat recover dri jangkitan kuman dan semua jenis penyakit..

Till we meet again..ada masa add lah saya kat facebook..Mohd Rosidi

Monday, May 31, 2010

QISMINA DAN EMAK TAK SIHAT...

SALAM...

Tak sempat nak post kat blog nie..dah lama jgk tak post..Emak dan Qismina Sofia ( anak saudara) kurang sihat..qismina di masukkan ke wad kanak-kanak di Hospital Hulu Terengganu semenjak semalam..

Suspek H1N1...kene tunggu keputusan ujian darah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah pulak nie..pastu baru bleh tahu keputusannya..

Emak kena jangkitan kuman lak..Bawak dia semalam kat HHT..Skg keadaan masih lemah dan kurang selera makan..

Hope, emak n Mina cepat sembuh..Inshaulah..

Monday, May 17, 2010

KE PERSIDANGAN MAJLIS BELIA DAERAH HULU TERENGGANU

Salam..

Hari nie saya menghadirkan diri ke Persidangan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu bersama Akela (Cg.Esham) , Cg. Yussazri, En.Rozli selaku Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu yang mewakili Pengakap Daerah..

Majlis tersebut dihadiri oleh YB Exco Tn.Haji Rozi Bin Mamat, YB Parlimen Hulu dan Ketua-ketua jabatan yang berhempas pulas memerah otak untuk merancang aktiviti untuk Belia.

Banyak perkara yang dibincangkan termasuklah gejala sosial, aktiviti dan halatuju Belia itu sendiri..Akela sempat juga membahas ucaptama yang dibentangkan sambil kami bertiga yang lain memberi idea untuk Akela...Bagus Akela..Ucapan anda memang tiada skrip tapi mantap..sehinggakan komen Akela di ulas oleh Pakar Rujuk MBDHT...Rasanya banyak lagi tugas sebagai pemimpin daerah untuk menggerakkan belia supaya kembali ke ajaran Agama yang sebenar..

Semoga persidangan kali ini mendapat berkat untuk kita menghadapi cabaran di masa akan datang dalam mentarbiahkan belia yang merupakan modal insan yang paling berharga untuk mencorak pola pemikiran di masa akan datang..

Kami di Pengakap Daerah telah merancang dan menggembeleng tenaga walaupun tanpa bantuan kewangan dari mana-mana pihak terutama di dalam Daerah Hulu Terengganu..Sehinggakan terasa macam peminta sedekah pulak rasanya bila mahu meminta bantuan untuk menjalankan program..Diharap agensi yang terlibat dapat celik mata kerana tanpa kewangan yang kukuh Pengakap Hulu Terengganu dapat menjalankan aktiviti dengan melepasi PKI Pengakap itu sendiri..

Pengakap memang tidak di ajar spoonfeeding..Sedar tak sedar hampir 30 program yang Pengakap sertai pada tahun lepas..dan untuk tahun ini sahaja sudah hampir 10 program yang di jalankan dan disertai oleh Pengakap Daerah...Diharap pertubuhan belia dan badan gabungan belia tidak hilang punca untuk mentarbiah belia itu sendiri...

Tepuk Dada Tanya Iman..Sekian..

SELAMAT HARI GURU....

salam..

Sekalung tahniah buat semua guru kat Malaysia..Tanpa anda siapalah kita semua..Tak lupa diucapkan kepada semua guru yang mengajar saya semasa di SK Kuala Berang, SMA Mahmudiah, SMKA Tok Jiring, Pusat Matrikulasi UIAM, dan Universiti Islam Antarabangsa..Tanpa guruku siapalah diriku kini...

Tak lupa juga kepada teman seperjuangan di kancah pendidikan..teruskan berbakti tanpa mengenal erti penat lelah..tanpa mengira kenaikan pangkat, jawatan dan sebagainya..klien kita haruslah kita berikan yang terbaik..sesungguhnya, kita semua adalah pencorak masa depan negara..kalau hitam kita warnakan, maka hitamlah kehidupan mereka..

TAHNIAH BUAT GURU...

Thursday, May 13, 2010

UBUNTU 10.04..YANG KU TUNGGU..KU RINDU...

Salam...

Memang rindu betul kat Linux Ubuntu Version 10.04 nie..Semalam nak download, tapi masa chat ngan Bro.Sameri (JU SMM) dia cakap dah download..Thanx God..Malas lah nak download pakai Berukband..plus kt kampung nie mana ada 3g..1.5 g ada lah..

Masih lagi menunggu berita dari Bro.Sameri..nak install kat Netbook Putri Batrisyia dan sememangya kat My Notebook...Putra Behzad sekarang sudah makin familiar dengan Ubuntu..Semalam dia tengok Sinchan pakai Ubuntu..Ermmmm..Bagus tu dik...kena cepat belajar mcm kakak dik...

Buat Ummi..kena banyak belajar kat Putri (kakak)..Putri dah banyak explore Ubuntu..Games kalau using Wine application pun dia dah bleh bukak...Great Kakak..

Anyway...Bro.Sameri cakap Ubuntu 10.04 mmg hebat..no problem with netbook...

CU...