Monday, May 17, 2010

KE PERSIDANGAN MAJLIS BELIA DAERAH HULU TERENGGANU

Salam..

Hari nie saya menghadirkan diri ke Persidangan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu bersama Akela (Cg.Esham) , Cg. Yussazri, En.Rozli selaku Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Terengganu yang mewakili Pengakap Daerah..

Majlis tersebut dihadiri oleh YB Exco Tn.Haji Rozi Bin Mamat, YB Parlimen Hulu dan Ketua-ketua jabatan yang berhempas pulas memerah otak untuk merancang aktiviti untuk Belia.

Banyak perkara yang dibincangkan termasuklah gejala sosial, aktiviti dan halatuju Belia itu sendiri..Akela sempat juga membahas ucaptama yang dibentangkan sambil kami bertiga yang lain memberi idea untuk Akela...Bagus Akela..Ucapan anda memang tiada skrip tapi mantap..sehinggakan komen Akela di ulas oleh Pakar Rujuk MBDHT...Rasanya banyak lagi tugas sebagai pemimpin daerah untuk menggerakkan belia supaya kembali ke ajaran Agama yang sebenar..

Semoga persidangan kali ini mendapat berkat untuk kita menghadapi cabaran di masa akan datang dalam mentarbiahkan belia yang merupakan modal insan yang paling berharga untuk mencorak pola pemikiran di masa akan datang..

Kami di Pengakap Daerah telah merancang dan menggembeleng tenaga walaupun tanpa bantuan kewangan dari mana-mana pihak terutama di dalam Daerah Hulu Terengganu..Sehinggakan terasa macam peminta sedekah pulak rasanya bila mahu meminta bantuan untuk menjalankan program..Diharap agensi yang terlibat dapat celik mata kerana tanpa kewangan yang kukuh Pengakap Hulu Terengganu dapat menjalankan aktiviti dengan melepasi PKI Pengakap itu sendiri..

Pengakap memang tidak di ajar spoonfeeding..Sedar tak sedar hampir 30 program yang Pengakap sertai pada tahun lepas..dan untuk tahun ini sahaja sudah hampir 10 program yang di jalankan dan disertai oleh Pengakap Daerah...Diharap pertubuhan belia dan badan gabungan belia tidak hilang punca untuk mentarbiah belia itu sendiri...

Tepuk Dada Tanya Iman..Sekian..

No comments:

Post a Comment